fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid tiba di China, hadiri GPSCFL esok

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di China bagi lawatan kerja lima hari ke republik itu hingga 12 September ini/Foto TPM

SHANGHAI, 8 September - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid akan menghadiri Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL) 2024 yang dijadual esok.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Huaguoshan, Lianyungang dengan menaiki pesawat khas dari Subang.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tiba di China bagi lawatan kerja lima hari hingga 12 September ini.

Sejurus selesai lawatan kerja di bandar Lianyungang terletak di Wilayah Jiansu, Ahmad Zahid dijadual ke Shanghai bagi menghadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang dijadual berlangsung pada Selasa.

Selain menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mara Aerospace & Technologies Sdn. Bhd. dengan Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co. Ltd. dalam bidang penerbangan.

Menurut Wisma Putra, lawatan ini akan menambahkan lagi momentum hubungan dua hala yang kukuh atara Malaysia dengan China bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun ini. 

Malaysia-China teroka peluang pembangunan ekonomi, industri halal dan keselamatan

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Ahmad Zahid turut dijadualkan ke Shanghai bagi menghadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China anjuran Halal Development Corporation (HDC) yang disertai pemain industri halal dari Malaysia dan China pada 10 Sept.

Selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009, China merupakan rakan perdagangan global Malaysia yang terbesar. Pada 2023, jumlah perdagangan dengan Malaysia bernilai RM450.84 bilion (US$98.80 bilion), menyumbang kepada 17.1 peratus perdagangan global Malaysia.

Separuh pertama 2024 telah mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM234.09 bilion (US$49.53 bilion). Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 24 projek pembuatan telah diluluskan dengan jumlah pelaburan berjumlah RM3.4 bilion (US$717.7 juta).

Sementara itu, menerusi catatan di Facebook rasmi beliau , lawatan rasmi ke China merupakan usaha memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dengan negara itu yang terjalin erat selama 50 tahun.

Ahmad Zahid berkata lawatan kerja kali ini memberi fokus kepada sektor keselamatan, serta memperkukuhkan lagi industri halal Malaysia.

"Semoga lawatan kali ini dapat membentuk sinergi pelbagai hala dalam mempertingkatkan kapasiti tadbir urus keselamatan Malaysia," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN