fb fb fb fb fb

Ahli Parlimen nyata sokongan terhadap PM tidak sebabkan hilang kerusi - Saifuddin Nasution

FOTO FB Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR, 11 November- Cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk meneliti semula Akta Lompat Parti atas alasan wujud kelemahan adalah tidak releven.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menjelaskan tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebabkan mereka hilang kerusi Parlimen.

Beliau juga menegaskan keadaan yang dikira Ahli Parlimen hilang kerusi adalah apabila Ahli Parlimen itu mengisytiharkan masuk ke parti lain dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Perkara tersebut termaktub dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663).

Sehingga kini, empat orang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan pendirian menyokong Perdana Menteri.

SITI AISHAH BINTI MD ISA