fb fb fb fb fb

Agrobank taja biasiswa berjumlah RM221,000 kepada lima pelajar cemerlang

Majlis Penyerahan Biasiswa dan sambutan Rumah Terbuka Agrobank

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Lima pelajar institusi pengajian tempatan, terpilih menerima biasiswa berjumlah RM221,000 daripada Agrobank.

Tajaan itu sebahagian inisiatif bawah tanggungjawab sosial korporat bank berkenaan, bertujuan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, tahun ini, bank itu menyasarkan tajaan biasiswa kepada 10 orang pelajar dari golongan kurang berkemampuan.

"Kita akan buka untuk permohonan khusus kepada golongan sasaran, B40 dan mereka yang terlibat dalam industri pertanian, perikanan, anak nelayan serta anak petani yang mendapat keputusan cemerlang tapi menghadapi kekangan kewangan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Biasiswa dan sambutan Rumah Terbuka Agrobank.

Sehingga kini, Biasiswa Agrobank yang diperkenal sejak tahun 2013 telah menaja 39 orang pelajar terpilih di seluruh negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE