fb fb fb fb fb

Agro Bank santuni 100 asnaf dalam Majlis Iftar di Masjid Angkasapuri

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agro Bank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin

KUALA LUMPUR, 2 April- Agro Bank Menyantuni seramai 100 orang asnaf menerusi Majlis Iftar dan Pengimarahan Ramadan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agro Bank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata ini bertujuan bagi mengurangkan beban golongan asnaf menjalani kehidupan seharian.

"Kita mengeluarkan zakat sebanyak RM10,000 untuk asnaf-asnaf dalam kalangan kakitangan RTM sendiri dan persekitaran kita. Program ini adalah antara program yang akan diteruskan pada bulan Syawal ini pada bulan Ramadan ini.

"Kita sentiasa mengalu-alukan dan melaksanakan program-program di seluruh Malaysia dan ini bukanlah pertama kali kita laksanakan program sempena bulan Ramadan ini dan kita akan meneruskan program-progam ini sekitar cawangan Agro Bank yang lain", katanya.

Beliau ditemui RTM ketika program Majlis Iftar dan Pengimarahan Ramadan yang di Masjid Angkasapuri RTM.

Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja RTM.

Tengku Hussin berharap program seperti ini dapat dilaksanakan lebih kerap bagi meraikan serta mengeratkan lagi hubungan antara Agro Bank dengan pihak media.

ROSLINA BINTI DIN