fb fb fb fb fb

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Laut ke-88

KUALA LUMPUR, 27 April - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-88 kepada seluruh warga TLDM, Veteran TLDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama TLDM.

Menerusi catatan di laman sosial Facebook Istana Negara hari ini, Al-Sultan Abdullah bertitah, jasa, khidmat dan bakti TLDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan perairan negara amat dihargai dan disanjungi.

“Semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan laut yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah,” titah baginda.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut (TLDM) Ke-88 kepada seluruh. 




(Foto/ FB Istana Negara) 

Media Baharu