fb fb fb fb fb

Agong titah YSIJ pergiat usaha bantu rakyat

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan agar Yayasan Sultan Ibrahim Johor agar (YSIJ) mempergiat usaha membantu rakyat yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian berkata, Sultan Ibrahim juga menitahkan agar tiada rakyat yang tertinggal dalam menerima bantuan yayasan itu.

Beliau berkata, YSIJ sentiasa memberikan bantuan melibatkan pelbagai kelompok masyarakat termasuk Komuniti Orang Asli.

"YSIJ sebelum ini telah menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada keluarga memerlukan di Melaka,"katanya menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam pada itu, menerusi catatan tersebut YSIJ telah menyampaikan sebanyak 11,254 bakul makanan kepada golongan memerlukan di pelbagai daerah termasuk masyarakat Orang Asli sejak awal tahun sehingga Ogos.

Hari ini, YSIJ meneruskan sumbangan bakul makanan kepada 150 keluarga di Mukim Pulai yang disampaikan Mohd Anizam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE