KUALA LUMPUR, 26 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas ke negara jiran itu hari ini.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut mesra Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda tiba di Bandar Seri Begawan pada 2.25 petang.
“Lawatan khas ini mencerminkan hubungan erat serta mesra antara Institusi Diraja Malaysia dan Brunei, yang telah terjalin sejak lebih 40 tahun lalu.
“Keakraban ini terus diperkukuh melalui kunjungan Seri Paduka Baginda yang melambangkan persahabatan dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara,” menurut hantaran itu.- BERNAMA