fb fb fb fb fb

Agong teruskan tradisi menandatangani kad ucapan Aidilfitri

FOTO facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 26 Mac- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menandatangani kad ucapan Aidilfitri pada hari ini.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Seri Paduka Baginda amat gemar mengutus kad ucapan Aidilfitri secara tradisional kerana ia lebih mengeratkan hubungan antara Istana dan rakyat jelata tanpa mengira agama dan bangsa.

Seri Paduka Baginda lebih gemar mengutus kad ucapan Aidilfitri secara tradisional, kerana ia bukan sahaja lebih unik dan istimewa, malah sangat klasik.

Pada hari ini, Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani sebanyak 200 kad ucapan.

ROSLINA BINTI DIN