fb fb fb fb fb

Agong terima watikah pelantikan empat perwakilan asing ke Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan bergambar bersama ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia pada Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap di Istana Negara / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 November- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat perwakilan asing ke Malaysia dan seorang perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara, hari ini.

Ketua Perwakilan asing yang baharu dilantik Duta Besar Kerajaan Hashimiah Jordan ke Malaysia Dr. Ismael Maaytah, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, Dr. Mubarak Saeed Ahmed Burshaid AlDhaheri, Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Malaysia Md Shameem Ahsan dan Duta Besar Republik Czech ke Malaysia, Juraj Koudelka.

Turut menerima watikah Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Shahabudeen Adam Shah.

Hadir sama Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Sri Amran Mohamed Zin.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE