Agong terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia

Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama ketua perwakilan asing yang baharu dilantik di Istana Negara/ Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 20 Januari Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia pada satu istiadat di Istana Negara, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sultan Ibrahim menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing di Istana Negara menerusi istiadat rasmi.
  • Majlis dihadiri oleh ketua perwakilan dari pelbagai negara serta pegawai kanan termasuk Menteri Luar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar.
  • Istiadat menegaskan pengukuhan hubungan diplomatik dan peranan ketua perwakilan dalam mempererat kerjasama antarabangsa.

Majlis penyerahan watikah pelantikan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara, dihadiri oleh ketua perwakilan asing dari pelbagai negara serta pegawai kanan kerajaan.

Antara ketua perwakilan yang hadir ialah Duta Besar Hungary Dr Sandor Sipos, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Manjurul Karim Khan Chowdhury, Duta Besar Senegal Abdoul Aziz Loum dan Jehad Fouad Mabrouk Alqedra (Palestin).

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima watikah pelantikan daripada Peter Spisiak (Solvak), Maher Kheir (Lubnan), Diego Pelufo Acosta y Lara (Uruguay) dan Osamah Dakhel R. Al-Ahmadi (Arab Saudi).

Selain itu, Duta Besar Indonesia, Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo, Marc Abensour (Perancis), Ibrahim Bileh Doualeh (Djibouti) dan Luiz Manuel de Magalhães de Albuquerque Veloso (Portugal).

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohammad Hasan, dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Istiadat ini menandakan pengukuhan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara tersebut, sambil menekankan kepentingan peranan ketua perwakilan dalam mempererat kerjasama antarabangsa.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan