KUALA LUMPUR, 27 Februari - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di Istana Negara, di sini.
Menerusi catatan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Hun Manet dan delegasi tiba pada pukul 3 petang dan sesi menghadap itu berlangsung di Dewan Seri Mahkota selama hampir 30 minit.
Turut hadir pada majlis mengadap Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Digital selaku Menteri Pengiring, Gobind Singh Deo.