fb fb fb fb fb

Agong terima menghadap Menteri Pertahanan

(Dari kanan) Sultan Ibrahim dan Mohamed Khaled Nordin/Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Negara.

Menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah pertemuan itu menyentuh pelbagai perkara termasuk aset ketenteraan dan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini.

Turut hadir pada pertemuan itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

ARTIKEL BERKAITAN
Helikopter terhempas: Semua 10 mangsa disahkan terkorban - TLDM
Senarai nama 10 individu dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter TLDM: Jangan buat spekulasi, tunggu laporan siasatan
Laporan awal: Pesawat TLDM dalam keadaan 'safe to fly'

SITI AISHAH MD ISA