KUALA LUMPUR, 20 Jun- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada Kerajaan Persekutuan.
Baginda menerusi satu hantaran di Facebook menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan dapat digunakan untuk membantu rakyat.
"Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta," menurut catatan berkenaan.