fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Tahun Baharu 2025

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 31 Disember-Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat.

Baginda berdua mendoakan agar tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan, dan kejayaan untuk semua.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Bersempena Tahun Baharu 2025 membuka tirai, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut mendoakan keharmonian serta perpaduan negara terus berkekalan.

Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD