fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Tahun Baharu 2024

Foto facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR, 31 Disember- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini.

Seri Paduka berdua mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara serta turut mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.

"Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

"Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan," titah Seri Paduka berdua dalam hantaran itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI