fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah, empat pelajar sertai akademi ketenteraan AS

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada empat pelajar Malaysia yang terpilih menyertai latihan di akademi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Menerusi poster dimuat naik di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah turut mendoakan agar keempat-empat mereka dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Menurut kenyataan Kedutaan AS di Malaysia, keempat-empat pelajar itu ialah Edlan Mikyad Ahmad Syamly, Muhamad Danish Imran Zainudin, Qarin Loqman Safriza dan Zarif Mohd Zamrin.

Berita berkaitan
Agong, Permaisuri sempurnakan pemakaian pangkat Tengku Amir Nasser


Edlan Mikyad dan Zarif dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bakal ditempatkan di Akademi Tentera AS (USMA) West Point, New York dan Akademi Tentera Udara AS (USAFA) di Colorado.

Manakala Muhamad Danish Imran dan Qarin Loqman dari Maktab Tentera Diraja akan ditempatkan di Akademi Tentera Laut AS (USNA), Annapolis, Maryland.

Mereka menyertai lima pelajar Malaysia yang sedang menjalani latihan di Akademi Perkhidmatan AS iaitu seorang di USMA serta masing-masing dua di USNA dan USAFA.

(Foto Istana Negara)

Media Baharu