KUALA LUMPUR, 19 Oktober - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Hindu.
Ucapan sempena perayaan tersebut dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi.
“Semoga perayaan Deepavali ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya,” titah baginda berdua.
Perayaan Deepavali, atau Pesta Cahaya, disambut oleh penganut Hindu di seluruh negara esok sebagai lambang kemenangan cahaya mengatasi kegelapan dan kebaikan mengatasi kejahatan.