KUALA LUMPUR, 16 Jun- Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar bapa.
Melalui platform Instagram, Yang Di-Pertuan Agong bertitah baginda sanjungi keringat dan pengorbanan para bapa yang cekal mencari rezeki untuk keluarga.
Baginda sebagai bapa turut memahami tanggungjawab dan peranan penting seorang bapa bagi membentuk kehidupan anak-anak.
"Semoga Allah juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Paduka Sultan Seri Perak Sultan Idris Shah II,"titah baginda pada hantaran tersebut.