fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali

KUALA LUMPUR, 12 November - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara.

Seri Paduka berdua menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara.

“Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu,” menurut hantaran tersebut.

Masyarakat India dan Sikh di negara ini meraikan 'pesta cahaya' pada hari ini bagi mereka yang menganut agama Hindu.

GRACE AISYAH KEDAYAN