fb fb fb fb fb

Agong perkenan tubuh RCI kaji pengendalian kes Batu Puteh

BATU PUTEH

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Kerajaan telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selaras Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Ia untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Baginda turut memperkenan pelantikan tujuh orang pesuruhjaya RCI, termasuk Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif selaku Pengerusi.

Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Datuk Zainun Ali sebagai Timbalan Pengerusi, selain turut dianggotai pengamal undang-undang, Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu.

Turut menganggotai RCI, Mantan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Profesor Dr. Johan Shamsuddin Haki Sabaruddin, Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Pentadbiran, Profesor Datin Dr. Faridah Jalil.

Ahli lain termasuk Datuk Mohammed Ridha Datuk Abdul Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor dan Dickson Dollah, Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Zamri Misman diperkenan sebagai Setiausaha RCI.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri akan bertindak selaku urus setia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE