(Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)
KUALA LUMPUR, 22 Mei- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan lima akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 lepas.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng berkata ia membabitkan Akta Perbekalan 2023, Perbekalan Tambahan (2022) 2023, Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023 dan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.
Alice berkata demikian ketika memulakan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15, di sini hari ini.
Beliau juga meminta semua Ahli Parlimen untuk mematuhi waktu yang ditetapkan ketika waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dan Jawab Lisan bagi membolehkan soalan pertama sehingga nombor 15 dapat dijawab setiap hari.
(Alice Lau Kiong Yieng)