fb fb fb fb fb

Agong murka isu kalimah Allah, mahu tindakan keras

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka dan menzahirkan dukacita berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Seri Paduka Baginda bertitah, adalah tidak masuk akal sebuah syarikat dengan kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian.

"Kesilapan sebegitu tidak boleh diterima dan dibenarkan berlaku lagi kerana masyarakat hidup dalam sebuah negara majmuk setelah sekian lama.

"Kalimah Allah dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula di bulan Ramadan dan tidak sepatutnya timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.

"Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu siasatan dan tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang diambil agar pisang tidak berbuah dua kali," titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM