fb fb fb fb fb

Agong kurnia sumbangan kepada Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Al-Khairiah

BALING, 5 Ogos- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Al-Khairiah, Baling, Kedah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook Istana Negara, Juruiring Tentera Udara Seri Paduka yang juga Pengarah Operasi Pasukan Bencana Istana Negara Brigadier Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya mewakili Al-Sultan Abdullah menyampaikan sumbangan kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Al-Khairiah, Abdul Rahman Yahya, semalam.

“Seri Paduka menzahirkan harapan semoga kurniaan itu dapat membantu mengurangkan beban pelajar-pelajar sekolah tersebut,” menurut catatan itu.

Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan ialah Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Baling ASP Yazid Yahya dan Penolong Pengurus Bantuan Kemanusiaan, Komuniti dan Pembangunan Negara Yayasan TM Nuraini Ishak.

Sebelum ini, Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara dan Pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TMRovers) turut membantu melakukan kerja pembersihan di sekolah itu serta beberapa kawasan yang terkesan banjir.


(Keadaan sekolah selepas banjir)
FOTO FACEBOOK ISTANA NEGARA


(Keadaan sekolah)
FOTO FACEBOOK ISTANA NEGARA

Media Baharu