fb fb fb fb fb

Agong zahir penghargaan kepada warga PDRM sempena Hari Polis ke-217

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Polis ke-217 yang disambut hari ini.

Titah baginda, warga PDRM telah menyumbangkan khidmat dan jasa dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM menerusi Facebooknya turut menzahirkan penghargaan itu kepada pesara-pesara PDRM atas jasa yang disumbangkan kepada negara.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

“Selamat menyambut Hari Polis Ke-217 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran,” titah baginda.

SITI AISHAH MD ISA