fb fb fb fb fb

Agong diberikan Sambutan Negara sempena lawatan ke Singapura

(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melakukan
pemeriksaan kawalan kehormat diiringi Presiden Singapura, Halimah Yacob)

SINGAPURA, 26 Oktober - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini diberikan Sambutan Negara sempena lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Singapura.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah ke upacara yang diadakan di Istana, Orchard Road di sini.

Sejurus keberangkatan tiba pada pukul 5.30 petang, Seri Paduka Baginda berkenan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat diiringi Presiden Singapura, Halimah Yacob.

Selepas itu, Singapura menamakan satu spesis orkid hibrid, Dendrobium ‘Queen Azizah of Malaysia’ sempena dengan nama Tunku Azizah.

Orkid itu dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda berdua dalam Majlis Penamaan Orkid dalam majlis yang sama.


(Singapura menamakan satu spesis orkid hibrid, Dendrobium ‘Queen Azizah of Malaysia’ sempena dengan
nama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah)

Selepas itu, Seri Paduka baginda berdua berangkat ke majlis perjumpaan bersama Presiden Singapura dan delegasi selama 30 minit.

Seterusnya, Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Negara yang dihoskan Presiden Singapura.

Seri Paduka Baginda berdua kini sedang mengadakan Lawatan Negara ke Singapura selama empat hari sehingga 28 Oktober ini.

Lawatan itu atas undangan Presiden Singapura, Halimah Yacob.

Media Baharu