
KUALA LUMPUR, 6 Mac- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meneruskan tradisi menandatangani kad ucapan Aidilfitri.
RINGKASAN BERITA AI
- Baginda menzahirkan penghargaan dan ingatan kepada rakyat melalui tradisi itu setiap tahun.
- Perkongsian Facebook menyatakan tradisi mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap rakyat.
- Usaha meneruskan amalan itu melambangkan hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat.
- Tindakan ini selaras dengan semangat kekeluargaan yang dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda.
Tradisi itu dizahirkan sendiri oleh baginda setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan ingatan terhadap rakyat jelata.
“Tradisi ini mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap rakyat,” menurut laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Perkongsian itu menyatakan usaha meneruskan tradisi itu juga melambangkan hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat.
Ia selaras dengan semangat kekeluargaan yang sentiasa dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda.