fb fb fb fb fb

Agong berkenan terima perutusan rasmi Sultan Brunei ke Istiadat Pertabalan

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima perutusan rasmi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada 20 Julai ini.

Perutusan rasmi itu dipersembahkan oleh delegasi Brunei yang diketuai Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara Brunei Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Negara Brunei Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Haji Mohd Yussof.

Sementara itu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pula mengetuai delegasi Malaysia yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan Datuk Awang Alik Jeman.

Turut sama ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim.

Pada 16 Mei lalu Fahmi mengumumkan Istiadat Pertabalan berlangsung pada 20 Julai di Istana Negara dan kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, akan melaksanakan tujuh acara sempena istiadat penuh simbolik lima tahun sekali itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE