fb fb fb fb fb

Agong berkenan lancar e-buku 'Test of a King'

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melancarkan e-buku 'Test of a King' di Istana Negara, hari ini.

Buku mengisahkan perjalanan Baginda sepanjang tempoh pemerintahan daripada kaca mata perundangan merupakan hasil garapan lima penulis termasuk Penasihat Undang-Undang Istana Negara, Datuk Abdul Rahman Putra Taha.

"Buku ini adalah inspirasi daripada Tuanku Yang di-Pertuan Agong, melihat daripada kepimpinan dan kewibawaan Tuanku menyelamatkan negara ketika keadaan yang amat cemas.

"Kita telah dapatkan pandangan daripada Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Tun Mohamed Raus Sharif dan Datuk Lim Chee Wee tentang isu berkaitan COVID-19, berkaitan dengan darurat dan seterusnya Parlimen di mana Yang di-Pertuan Agong terpaksa melantik tiga Perdana Menteri dan berakhir dngan Perdana Menteri ke-10,"kata Datuk Abdul Rahman Putra Taha.

Beliau ditemui seusai pelancaran buku elektronik 'Test of a King' di Istana Negara.

E-buku yang dihasilkan selama lapan bulan itu akan dicetak dan diterbitkan dalam bentuk fizikal.

E-buku itu boleh diakses secara percuma di pautan https://drive.google.com/file/d/1mbAfAdIXzRylqciJ1qiHeLSyaLxmRPpi/view?usp=drivesdk

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE