fb fb fb fb fb

Agong berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269

Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara di ibu negara hari ini.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 itu akan dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"MRR ke-269 akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj," menurut hantaran itu.

Trurut berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim sebagai wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI