fb fb fb fb fb

Aerotrain KLIA dijadual beroperasi sepenuhnya, suku kedua tahun ini

Taklimat dan Lawatan Media Projek Aerotrain KLIA, Sepang

SEPANG, 24 Januari- Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Mohd Izani Ghani, berkata ketika ini ia berada dalam fasa akhir pengujian dan pentauliahan (T&C).

Menurutnya, fasa ini melibatkan pengesahan komprehensif ke atas keperluan keselamatan, operasi dan prestasi yang ketat.

"Fasa penting ini memastikan sistem tersebut memenuhi piawaian keselamatan dan prestasi tertinggi menjelang pelancaran perkhidmatan yang dijadualkan pada suku kedua 2025, tertakluk kepada kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

"Walaupun menghadapi cabaran awal seperti proses pengaktifan substation dan trek, projek ini kini hampir selesai dengan penekanan terhadap pencapaian piawaian bertaraf dunia, keselamatan penumpang dan kebolehpercayaan perkhidmatan", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Taklimat dan Lawatan Media Projek Aerotrain KLIA, Sepang.

ROSLINA BINTI DIN