fb fb fb fb fb

Adik MB Perak meninggal dunia

FOTO FB Saarani Mohamad

IPOH, 5 Mac- Adik lelaki Menteri Besar Perak, Ahmad Rozimi Mohamad meninggal dunia di Hospital Taiping, pukul 10 pagi semalam.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan perkara itu dalam satu hantaran melalui laman Facebooknya.

"Pohon doa daripada semua supaya diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di syurga Allah SWT," katanya.

Jenazah Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 49 tahun itu disembahyangkan di Masjid Al Hamidiah Kampung Raban dan dikebumikan di Kampung Raban, Lenggong.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE