fb fb fb fb fb

Abu, mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights diselamatkan

Abu bersama pemiliknya Bazaruddin

SUBANG JAYA, 1 April - Kucing comel bernama Abu, antara mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights yang berjaya diselamatkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada petang tadi.

Pemilik, Bazaruddin memaklumkan, semasa kejadian beliau bersama keluarga sedang beraya di Batu Pahat, Johor.

Sebaik menerima maklumat mengenai insiden tersebut, beliau dan isteri bergegas ke Puchong untuk menyelamatkan kucing peliharaan mereka itu.

Selain itu, motosikal milik beliau antara yang musnah akibat kejadian pada pagi tadi.

TETITIA YUSOFF