fb fb fb fb fb

Abdul Rashid Hussain Pengerusi TH baharu

Pengerusi TH baharu, Tan Sri Abdul Rashid Hussain /FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Pengasas kumpulan perbankan RHB dan tokoh perniagaan, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) baharu berkuat kuasa hari ini.

Abdul Rashid dilantik dilantik bagi menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mohktar ketika mengumumkan pelantikan itu berkata pengalaman luas yang dimiliki Abdul Rashid sebagai seorang tokoh korporat amat berharga dalam meneruskan kecemerlangan TH sebagai institusi pengurusan haji bertaraf dunia di samping membantu dalam memacu usaha pengukuhan yang sedang dan terus berjalan.

Tan Sri Abdul Rashid, yang kini Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa, pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Bhd dan Pengerusi Putrajaya Holdings.

Datuk Mohd Na’im turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Azman atas segala jasa bakti dan perkhidmatan terbaik dalam memimpin Lembaga Pengarah TH dan warga TH.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD