fb fb fb fb fb

Abdul Halim Suleiman, Michael Mujah angkat sumpah Ahli Dewan Negara

Ketua UMNO Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Ketua UMNO Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Murum, Michael Mujah Lihan mengangkat sumpah sebagai  Ahli Dewan Negara.

Angkat sumpah dibuat dihadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pelantikan Abdul Halim berkuat kuasa pada 23 November lalu hingga 22 November 2026, manakala Michael bermula 11 Disember hingga 10 Dis 2026.

Pelantikan tersebut atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang Dipertua Dewan Negara dalam ucapannya mengalu-alukan sumbangan perbahasan yang intelektual dan konstruktif daripada kedua-dua Senator yang baharu.

"Saya menyarankan agar semua Ahli Dewan Negara mengekalkan momentum yang produktif ini dan terus berkongsi input perbahasan dan ucapan kepada media massa, elektronik dan media sosial agar rakyat terus dapat mendapat maklumat dan manfaat daripada perbahasan di dalam dewan yang mulia ini", katanya di Dewan Negara.

Sidang Dewan Negara memasuki hari kelima bagi membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

1112 ANGKAT SUMPAH MICHAELKetua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Murum, Michael Mujah Lihan/BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN