fb fb fb fb fb

'A9A' terima bidaan tertinggi, kutipan keseluruhan cecah RM24 juta - JPJ

Anthony Loke Siew Fook/ BERNAMA

PELABUHAN KLANG, 24 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan sebanyak RM24 juta hasil keseluruhan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri 'A_A'.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, rekod bidaan menunjukkan harga tertinggi membabitkan nombor pendaftaran A9A dibida dengan harga RM902,020 menghampiri RM1 juta.

Ia diikuti dengan nombor pendaftaran A11A dengan harga RM703,007; A8A (RM700,000), A7A (RM502,000) dan A2A (RM490,888).

"Lima nombor paling banyak dibida ialah A51A dengan 40 pembida, A101A (31 pembida), A8118A (29 pembida), A1881A (27 pembida) dan seterusnya A19A (27 pembida).

"Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 24,470 orang dan 6,746 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta untuk Pengendalian Kenderaan Elektrik (EV) Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang (PKCT) di sini, hari ini.

Hasil bidaan tersebut untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, Program FlySISWA dan pelbagai inisiatif kementerian itu untuk rakyat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI