fb fb fb fb fb

942 premis diperiksa bersempena SHMMP Deepavali 2024

Foto KPDN Pahang

PAHANG, 30 Oktober- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksankan 942 pemeriksaan ke atas premis di seluruh negara dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024, sejak 28 Oktober hingga semalam.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, RM440,000 nilai sitaan dan RM900 kompaun dikenakan.

“Sejak 28 Oktober lepas KPDN telah mengambil tindakan 942 pemeriksaan ke atas premis di seluruh negara. 11 borong dan 931 runcit di mana sebanyak 6 tindakan undang-undang telah diambil ke atas peniaga yang tidak mengikut peraturan.

"Tindakan undang-undang itu melibatkan satu kes menjual barang melebihi harga maksimum dan lima kes gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu," katanya pada sidang media semasa sesi lawatan bersempena SHMMP Deepavali 2024 di Pasaraya BS Freshmart, Temerloh.

Semua pihak diharap dapat mematuhi harga yang ditetapkan dengan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal.

Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, inisiatif KITA GEMPUR yang baharu seminggu diperkenalkan dengan kerjasama pelbagai agensi adalah usaha untuk mengajak orang ramai menjadi ‘mata dan telinga’ KPDN dalam membanteras kesalahan dilakukan peniaga.

Jelas beliau, KITA GEMPUR membolehkan orang ramai melaporkan kes-kes salah laku peniaga, seperti sorok barang, pencatutan, ketirisan atau barang kawalan dijual ke luar negara.

Trainee2