fb fb fb fb fb

91 penduduk terjejas masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain /RTM

POKOK SENA, 4 Oktober - Keadaan banjir di Pokok Sena semakin pulih dengan jumlah penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna terus berkurangan.

Setakat pukul 4.00 petang, hanya 91 penduduk daripada 26 keluarga masih berada di PPS berkenaan berbanding 200 orang pada sebelah pagi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, seramai 109 mangsa daripada 24 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai tengah hari selepas kediaman mereka pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, baki 91 mangsa masih ditempatkan di PPS kerana rumah dan laluan ke kediaman mereka masih ditenggelami air.

Kawasan yang masih terjejas ialah Taman Puteri dan Kampung Durian di Mukim Gajah Mati.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD