fb fb fb fb fb

903,000 isi rumah Johor bakal terima beras bermula hari ini.

JOHOR BAHRU, 27 April- Sejumlah 903,000 ketua isi rumah di Johor bakal menerima Bantuan Beras Bangsa Johor yang diedar bermula hari ini sehingga 31 Mei depan.

172,500 beg beras 10 kilogram dijangka diagihkan sebelum Aidilfitri, manakala bakinya akan diedar secara berperingkat hingga hujung bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengagihan bantuan berkenaan akan dikoordinasi para Pegawai Daerah dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Manakala, bagi kawasan diwakili ADUN pembangkang, pengagihan akan dibantu Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kalau ada masalah boleh berhubung dengan pejabat daerah, ADUN atau penyelaras DUN.

Kita beli memang mencukupi dan terdapat lebihan sekiranya ada isi rumah yang tercicir," katanya selepas ‘Flag-Off’ bantuan berkenaan di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

(Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani
menunjukkan Beras Bangsa Johor yang akan diagih kepada 903,000 isi rumah negeri itu)

Media Baharu