
JOHOR BAHRU, 9 Mac – Sembilan penumpang dan seorang pembantu pemandu bas cedera di kepala, tangan serta kaki selepas bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, pada pukul 8.15 malam tadi.
- Bas dipercayai terbabas ke lorong pusingan U menghala ke Kulai, pemandu hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung di bahu jalan.
- Ujian air kencing pemandu menunjukkan tiada pengaruh dadah.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; 10 anggota bomba dari Skudai dikerah untuk operasi menyelamat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Radin Ramlan Radin Taha berkata kemalangan berlaku ketika bas dipandu lelaki berumur 62 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Stesen Bas Larkin.
Menurut beliau, bas berkenaan dipercayai terbabas ke lorong pusingan U menghala ke Kulai, sebelum pemandu hilang kawalan di selekoh, lalu terbabas masuk ke dalam gaung di bahu jalan.
Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.
Ujian air kencing pemandu bas tidak berada bawah pengaruh dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan.
Sementara itu, seramai 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.