fb fb fb fb fb

89 kluster baharu COVID-19, jumlah kluster pendidikan catat penurunan

PUTRAJAYA, 7 Februari - Jumlah kluster pendidikan pada minggu epidemologi ke-5 (Epid 5) menunjukkan penurunan sebanyak 35.8% berbanding 81 kluster pada minggu Epid 4.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, 89 kluster baharu COVID-19 direkodkan pada minggu epidemologi kelima (Epid 5) dengan 353 kluster aktif.

Jelasnya dalam sidang media perkembangan COVID-19, daripada 89 kluster baharu itu 52 adalah kluster pendidikan, 20 kluster tempat kerja, kluster komuniti (tujuh), kluster dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi (enam), kluster pusat tahanan (tiga) dan satu kluster keagamaan.

Khairy turut memaklumkan, kluster yang mencatat peningkatan adalah kluster tempat kerja, kluster komuniti, kluster kumpulan berisiko, Kluster Pusat Tahanan dan Kluster aktiviti keagamaan.

"Kluster tempat kerja, peningkatan 5.3%; kluster komuniti peningkatan 75%; kluster kumpulan berisiko peningkatan 200%; kluster pusat tahanan tiga kluster dilaporkan pada minggu Epid 5 berbanding tiada kluster pada minggu Epid 4; kluster aktiviti keagamaan satu kluster dilaporkan pada minggu Epid 5 berbanding tiada kluster pada minggu Epid 4", katanya.

Media Baharu