fb fb fb fb fb

88 pelajar dipilih jadi muzawwir, bantu jemaah haji

Nik Muhammad Muaz Nik Mohd Nor

MADINAH, 12 Mei- Seramai 88 pelajar Universiti Islam Madinah dipilih menjadi mutawif atau Muzawwir bagi membantu Lembaga Tabung Haji (TH) dalam aktiviti 'ziarah luar' kepada jemaah haji dari Malaysia.

Pengarah Program Ziarah Luar Muzawwir Nik Muhammad Muaz Nik Mohd Nor berkata, 60 peratus daripada yang dipilih merupakan pelajar lama manakala selebihnya pelajar baharu. 

Menurut pelajar dari Pekan Pahang pelajar terpilih mempunyai keupayaan mengendali dan memberi penerangan kepada jemaah haji setanding dengan mutawif lain yang berpengalaman. 

Pelajar terpilih juga berkebolehan menyampaikan ilmu sirah yang pernah dipelajari selain menguji keupayaan interaksi dengan jemaah. 

"Kebanyakkannya ramai yang ada pengalaman sebab kebanyakan kami yang sudah tahun dua dan tiga. Cumanya tahun ini kami buat pengambilan baru sebab kebanyakkan yang berpengalaman sudah habis belajar," katanya kepada pemberita di sini.

TH menyusun aktiviti 'ziarah luar' buat jemaah haji Malaysia ketika berada di Madinah.

Antara lokasi bersejarah yang akan dilawati termasuk Masjid Quba, Bukit Uhud dan ladang kurma.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI