85 individu terima notis Perintah Khidmat Masyarakat

Nor Zaki Md Nor

KLEBANG, 14 Mac – Seramai 85 individu di Melaka diberi notis kesalahan berkaitan Perintah Khidmat Masyarakat setakat 12 Mac.

RINGKASAN BERITA AI
  • Notis diberikan kepada pelancong, remaja dan golongan dewasa.
  • Kebanyakan kesalahan melibatkan pembuangan puntung rokok dan sampah kecil.
  • Operasi dilaksanakan di kawasan R&R, lokasi pelancongan dan tumpuan awam.
  • Peringatan kepada orang ramai supaya menjaga kebersihan dan tanggungjawab peribadi.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka, Nor Zaki Md Nor berkata, mereka yang dikenakan notis terdiri daripada pelancong, remaja serta golongan dewasa.

Kebanyakan kesalahan melibatkan pembuangan puntung rokok dan sampah kecil.

“Cuma mungkin ia tidak sehebat seperti sekarang kerana kita mengambil kira suasana Hari Raya. Apabila dikenakan tindakan undang-undang, mereka akan sedar bahawa perbuatan itu berbahaya.

“Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan dan sekiranya berlaku sebarang perkara, ia adalah atas tanggungjawab masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Operasi dilaksanakan sekitar kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta lokasi pelancongan dan tumpuan awam di Melaka.

Menurut Nor Zaki Operasi berkenaan akan diteruskan sepanjang musim perayaan Aidilfitri.