fb fb fb fb fb

81 Keluarga terjejas banjir di Baling libatkan 4 mukim

Foto APM

BALING, 9 Oktober- Empat mukim di Baling dilanda banjir kilat awal pagi ini termasuk Kampung Padang empang, Kampung Dusun dan kampong Iboi di Mukim Kupang.

Bagaimanapun setakat jam 8 pagi tadi tiada Pusat Pemindahan Sementara PPS dibuka.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata mukim lain yang terlibat ialah Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang yang membabitkan 81 keluarga.


(Foto APM)

"Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan air Sungai Ketil dan Kupang melimpah kepenempatan penduduk, antara kampung terbabit Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling, Taman Bayu Indah dan Taman Berlian dalam Mukim Baling. Mukim Pulai kampong yang terlibat ialah Kampung Tok Weng, Tok Mat Ali. Mukim Siong Kampung, Kampung Siput dan Memali" katanya dalam satu kenyataan.

Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan air Sungai Ketil dan Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

Mohd Faizol berkata air Sungai Ketil diletakkan di paras berjaga-jaga dan penduduk yang tinggal berdekatan dengan tebing diarah berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.

Menurutnya, hasil pemantauan pagi tadi mendapati, terdapat rumah penduduk terjejas dinaiki air paras 0.5 meter yang turut menenggelamkan kelengkapan rumah.

Pemantauan berterusan dilakukan berikutan cuaca mendung pada sebelah pagi.

Media Baharu