fb fb fb fb fb

80 projek pembangunan fizikal bernilai RM7.7 bilion di Sarawak tahun ini- Alexander

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah) menyaksikan Majlis Penyerahan Majlis Penyerahan Dua Projek Siap Serentak yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki / FOTO FB Alexander Nanta Linggi

KUCHING 11 Oktober- Sebanyak 80 projek pembangunan fizikal bernilai RM7.7 bilion sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan di Sarawak bagi tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek tersebut melibatkan fasa prakontrak yang bernilai RM3.2 bilion dan fasa pembinaan yang bernilai RM4.5 bilion.

Jelasnya, sebanyak RM152 juta juga diperuntukkan bagi projek-projek penyenggaraan jalan Persekutuan di Sarawak, tahun ini.

“Penyenggaraan melibatkan kerja-kerja berkala bagi permukaan tertutup, dan bukan tertutup, lampu jalan, jambatan, serta peruntukan khas untuk jurutera daerah dan kerja rutin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Majlis Penyerahan Dua Projek Siap Serentak yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki, hari ini.

Majlis Penyerahan Dua Projek Siap Serentak itu melibatkan pembinaan bangunan baru untuk SK Jalan Haji Baki dan SK Sungai Spaoh di Sarikei, yang disiapkan oleh Pasukan Projek Khas 2 JKR Persekutuan sebagai agensi pelaksana.

Kos keseluruhan kedua-dua projek berjumlah RM33.63 juta, menggunakan teknologi pembinaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Sistem Permodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Katanya lagi rekaan bagi SK Kampung Haji Baki patut dijadikan contoh untuk pelaksaaan projek sekolah lain berikutan rekaannya yang sesuai dengan keadaan semasa.

Sementara itu, Datuk Seri Alexander Nanta memaklumkan Kementerian Kerja Raya, KKR sentiasa memantau 2.8 peratus projek sakit seluruh negara dengan mengambil langkah-langkah intervensi bagi menyelamatkan projek-projek tersebut.

Jelasnya, antara masalah yang dihadapi oleh kontraktor adalah melibatkan kewangan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE