fb fb fb fb fb

79 penduduk terjejas banjir di Perak, 3 PPS di buka

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

IPOH, 3 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 79 orang setakat pukul 10.00 malam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta Kerian.

PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak menempatkan jumlah penduduk paling ramai iaitu 39 penduduk daripada 11 keluarga.

Seramai 25 penduduk daripada 8 keluarga pula dipindahkan ke PPS Masjid Nurul Hidayah, Kampung Sungai Bembam, Kuala Trong.

Manakala, Masjid Al-Wusta, Batu 8, Jalan Trong pula menempatkan 16 penduduk daripada 8 keluarga.

ROSLINA BINTI DIN