fb fb fb fb fb

750 sampel kemungkinan varian Omicron membabitkan pengembara dari Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 1 Januari - 750 daripada 966 sampel kes positif COVID-19 yang menunjukkan kemungkinan varian Omicron, membabitkan pengembara yang tiba dari Arab Saudi.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, angka itu daripada keseluruhan saringan terhadap 1,077 sampel dalam kalangan pengembara yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Ini bagi tempoh 21 hingga 29 Disember tahun lepas.

"Kebanyakan jemaah yang pulang dari mengerjakan umrah telah memohon menjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman sepanjang tempoh 7 hari kuarantin" Kata Khairy dalam satu sidang media.

Namun jelasnya, apabila berlaku ketidakpatuhan SOP yang digariskan, kes-kes positif COVID-19 dalam kalangan jemaah umrah menyebabkan berlakunya penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.

 

Media Baharu