fb fb fb fb fb

70 francais tempatan tembusi pasaran antarabangsa

Datuk Armizan Mohd Ali

PUTRAJAYA, 11 Disember- Dasar Francais Negara (DFN) 2030 dijangka dibentang di kabinet pada Januari depan sebelum dilancarkan pada suku pertama 2024 kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan berkata peserta industri francais masih diberikan peluang untuk mengemukakan cadangan dalam draf DFN 2030 sehingga akhir bulan ini kerana cadangan itu boleh disampaikan kepada Persatuan Francais Malaysia (MFA).

"Draf ini yang terakhir telah dimurnikan dalam satu bengkel di Pulau Pinang pada bulan September yang lepas, jadi draf itu telah dimurnikan dan kita bawak pada bulan disember ini, another round engagement, touchpoint sebelum kita dpt memastikan semua pihak bergerak bersama2 kerajaan dan kpdn akan laksanakan dasar dengan program dan strategi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi Dialog Awam DFN 2030 di sini.

Nilai jualan industri francais tempatan merekodkan peningkatan daripada RM14.6 bilion pada 2020 kepada RM30 bilion pada 2021.

Setakat September tahun ini, kira-kira 1,237 francais tempatan telah berdaftar dan daripada jumlah itu, 70 jenama francais tempatan berjaya menembusi pasaran antarabangsa di 80 buah negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI