fb fb fb fb fb

7,000 kandungan berkaitan berita palsu, ucapan kebencian diturunkan tahun lalu

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 Februari - Kira-kira 7,000 kandungan media sosial yang mempunyai ucapan kebencian berkaitan isu bangsa, agama dan raja (3R) serta berita palsu telah diturunkan, tahun lepas oleh ,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,(SKMM).

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, jumlah itu meningkat berbanding 271 kandungan pada 2022 dan 170, tahun sebelumnya.

"Dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 15 Februari 2024, sebanyak 6,168 kandungan yang tidak ditentu sahkan telah diturunkan oleh penyedia platform.

"MCMC juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dengan menubuhkan Pasukan Petugas Siasatan bagimemastikan siasatan kes yang membabitkan penyebaran maklumat palsu dilaksanakan dengan segera dan kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan akhir" kata Nie Ching bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD