fb fb fb fb fb

60 sukarelawan KPM turun padang bersihkan sekolah terjejas banjir di Dungun.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan dan Professionalisme, Shafruddin Ali Hussin

DUNGUN, 28 Januari- Seramai 60 sukarelawan Kementerian Pendidikan turun padang membersihkan kawasan sekolah terjejas banjir di Dungun, Terengganu bermula esok.

Banjir kali ini menyaksikan tujuh buah sekolah ditenggelami banjir sehingga paras bumbung dan lumpur setinggi 1 meter.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan dan Professionalisme, Shafruddin Ali Hussin berkata, antara sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Pasir Raja Dungun dan sekolah kebangsaan Kampung Shukor.

Peruntukan segera RM18,000 disalur kepada semua sekolah terlibat termasuk dua buah sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara, PPS bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.

"Kami telah minta pada PPD untuk menilai kerosakan yang dialami, kalau kita tengok pada kerosakan hari ini, boleh dikatakan agak teruk juga, dan selepas itu ia akan dibawa ke Kementerian Pendidikan,"katanya.

Terdahulu beliau ditemui semasa meninjau kerja kerja pasca banjir di SK Pasir Raja, Dungun.

Seramai 150 sukarelawan, agensi penyelamat dan warga pendidik turun padang membantu membersihkan kawasan sekolah yang ditenggelami air setinggi 5 meter dan unruk rekod ia merupakan yang terburuk dalam tempoh 50 tahun.

Sekolah yang menempatkan 55 pelajar itu pertama kali berdepan banjir besar seumpama ini dan menyebabkan kerugian  dianggarkan mencecah RM300,000.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE