KUALA LUMPUR, 27 Disember- Enam sungai membabitkan lima daerah di Terengganu melepasi tahap bahaya setakat pukul 1.00 pagi tadi sehingga menyebabkan paras air menunjukkan trend peningkatan susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Menurut laman web rasmi Public Infobanjir, satu sungai di Dungun melibatkan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau merekodkan bacaan 14.52 meter (m) telah melebihi paras bahaya 12.5m.
Satu sungai di Hulu Terengganu pula membabitkan Sungai Berang mencatat bacaan 24.77m melepasi tahap bahaya 24.5m.
Dua sungai di Kemaman adalah Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih merekodkan bacaan 14.26m telah melebihi tahap bahaya 14m manakala Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman pula mencatat bacaan 4.58m telah melebihi tahap bahaya 4m.
Selain itu, satu sungai di Setiu iaitu Sungai Nerus merekodkan bacaan 13.5m telah melebihi tahap bahaya 13.2m.
Sementara itu, satu sungai di Kuala Terengganu membabitkan Sungai Terengganu di Drawbridge meningkat kepada 2.09m telah melebihi tahap bahaya 1.8m.
Artikel Berkaitan:
8 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya setakat 2 petang
Proses menyelamat penduduk banjir di Terengganu berjalan lancar - PDRM
14 Sungai di Terengganu lepasi paras bahaya setakat 9 pagi
Banjir di Kelantan dan Terengganu meningkat